expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, June 1, 2014

JUSTIN BIEBER BUAT LAWAK SENSITIF ISU PERKAUMAN


Los Angeles: Penyanyi remaja terkenal dunia Justin Bieber 20, kini mencetuskan kontroversi terbaru dengan membuat lawak berunsur perkauman dalam sebuah klip video.

Contactmusic.com melaporkan klip video tersebut yang diposkan secara online oleh The Sun newspaper menunjukkan aksi Bieber membuat lawak dengan rakan-rakannya dengan menggunakan perkataan "nigger" yang membawa maksud orang kulit hitam yang mana perkataan tersebut sangat mengaibkan dan sensitif di Amerika Syarikat.

Dalam klip video tersebut Bieber terang-terangan berjenaka dengan bertanya soalan "Why are black people afraid of chainsaws?" ( Mengapakah orang kulit hitam takut pada gergaji rantai/chainsaw?)

Seorang rakan dalam klip video terbut telah mengingatkan Bieber untuk tidak mengatakannya namun Bieber hanya ketawa dan berkata "Run n****r, n****r, n****r, n****r, n***r." (Lari nigger, lari nigger, lari nigger, lari nigger, lari nigger)

Kata suatu sumber, video ini pasti meninggalkan kesan yang amat buruk pada kerjaya Bieber kerana sebelum ini Bieber sememangnya dipenuhi kontroversi dan klip video ini pasti memburukkan keadaan. Sebelum ini Bieber begitu berjaya dalam karier nya apabila bekerjasama dengan pemuzik dari pelbagai latar belakang etnik, namun ini mungkin pemusnah kerjayanya sekiranya artis atau pemuzik tidak mahu lagi bergandingan dengannya.