expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, January 6, 2015

BLACK EYED PEAS BAKAL BERGABUNG SEMULA


Kumpulan popular Black Eyed Peas dilaporkan akan bergabung semula pada akhir tahun ini sempena ulang tahun ke-20 penubuhan kumpulan ini.

Kumpulan yang popular dengan lagu hit mereka 'Where is the Love', yang terdiri daripada Fergie, will.i.am, Apl.de.ap dan Taboo, telah berpecah sejak tahun 2011 tetapi mereka telah bekerjasama semula di studio rakaman bagi album pada tahun 2010 album 'The Beginning'.

Mereka juga telah merancang untuk meraikan kejayaan mereka sebelum ini dengan siri konsert jelajah terbaru.

"Kami semua telah bersedia dan sangat teruja untuk tahun ini. Kini kami sedang dalam proses membuat rakaman," kata will.i.am.

Perkhabaran itu tiba beberapa bulan selepas will.i.am berjanji yang kumpulan itu hanya akan kembali bersama-sama untuk menghasilkan sesuatu yang 'luar biasa' dan unik.

Black Eyed Peas telah melakukan beberapa konfigurasi sejauh mana yang termampu untuk kumpulan ini walaupun pada tahun 2008 mereka pernah merasakan yang muzik elektro adalah sesuatu yang gila.

Penyanyi lagu 'I Gotta Feeling' ini juga bertekad untuk melakukan sesuatu yang tidak mampu difikirkan oleh orang lain demi memastikan hasil yang menakjubkan.