expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 3, 2014

KEITH FOO ARTIS LELAKI PALING SEGAK KINI?


Drama bersiri Ariana Rose melonjakkan namanya sehingga cukup dikenali dalam kalangan peminat dunia hiburan tanah air. Dengan pakej yang cukup lengkap, maka tidak hairanlah sekiranya nama Keith Foo kini sentiasa meniti di bibir peminat terutamanya bagi peminat wanita.

Mungkin terdapat ramai pelakon lelaki Malaysia yang kacak dan segak seperti Aaron Aziz dan Remy Ishak, namun baru-baru ini Keith Foo telah mendapat gelaran artis lelaki dengan bentuk badan segak. Pengiktirafan tersebut diterima melalui majlis anugerah majalah urban popular EH.

Majlis Anugerah Stail Eh 2014 meletakkan Keith Foo sebagai penerima anugerah selebriti lelaki dengan bentuk badan segak. Semua anugerah yang diterima para pemenang untuk majlis ini adalah berdasarkan undian para pembaca dan secara online. Pengumuman senarai pemenang dibuat dalam majlis yang berlangsung pada 30 Mei 2014 di Connnexion@Nexus dengan dihadiri ramai artis popular tanah air.

Bagi yang belum mengetahui siapakah para pemenang anugerah ini, berikut merupakan senarai lengkap para pemenang Anugerah Stail Eh 2014:


Selebriti Lelaki Paling Bergaya & Anugerah Stail EH! 2014 

- Awal Ashaari -

Selebriti Wanita Paling Bergaya 
Nur Fazura -

Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik
 Rozita Che Wan -

Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak
 - Keith Foo -

Selebriti Wanita Paling Seksi –
- Nabila Huda -

Selebriti Lelaki Paling Seksi 
Adi Putra -

Selebriti Paling Fotogenik 
- Scha Alyahya -

Selebriti Pencapaian Terbaik
 Hafiz Suip -

Selebriti Pilihan Kulit Majalah 
- Datuk Siti Nurhaliza -

Pasangan Selebriti Pilihan 
Awal Ashaari & Scha Alyahya -

Jurusolek Selebriti Pilihan 
Najeeb Azami - 

Pereka Fesyen Selebriti Pilihan 
Rizman Ruzaini -

Model Majalah Pilihan 
Deanna Ibrahim -

Selebriti Harapan Pilihan 
Emma Maembong -