expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 12, 2014

KEITH FOO BAKAL BERTUNANG?



Pasti ramai peminat-peminat wanita kepada pelakon kacak Keith Foo yang frust menonggeng dengan berita ini. Hero drama bersiri popular Ariana Rose ini bakal menjadi tunangan orang tidak lama lagi.

Sebelum ini Keith Foo dikatakan mempunyai seorang teman wanita baru selepas berpisah dengan bintang seksi Indonesia, Tyas Mirasih. Kini terdapat desas desus yang mengatakan Keith foo bakal mengikat tali pertunangan tidak lama lagi dengan kekasihnya yang bernama Kim Raymond.

Bakal tunang Keith Foo ini bukan seorang artis, namun dia merupakan seorang penuntut jurusan fesyen di sebuah universiti di Melbourne, Australia.

Menurut satu sumber, majlis pertunangan Keith Foo dengan Kim bakal diadakan pada 24 Jun ini bertempat di Publika. Majlis pertunangan mereka akan dilangsungkan di sebelah malam.

Keith kini dikatakan sudah mula mengedarkan kad undangan majlis pertunangannya kepada kenalan dan teman-teman rapat.

By
Farahhasina