expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, July 10, 2014

KATIE HOLMES BERAKSI TANPA BAJU UNTUK SEBUAH MAJALAH


Pelakon Katie Holmes beraksi tanpa baju di hadapan kamera untuk edisi terbaru sebuah majalah wanita. Menurut laporan Us Magazine, bintang 'The Giver' itu yang berusia 35 tahun tidak memakai baju dan hanya mengenakan sehelai seluar jeans bersama tali pinggang.


Dengan imej rambut coklat dalam gaya supermodel klasik era 70-an , bekas isteri aktor Tom Cruise itu memberikan aksi depan kamera dengan satu pandangan berani dan senyuman yang sinis.

"Saya sentiasa selesa berseluar jeans. Saya rasa seolah-olah saya boleh melakukan apa sahaja apabila memakai jeans," katanya.

Untuk kulit majalah Glamour, Holmes telah memakai sehelai baju jeans yang memaparkan imej seksi mendedahkan dadanya. Edisi terbaru majalah ini akan diterbitkan pada 15 Julai ini.

Holmes yang pernah dikhabarkan berpacaran dan dikaitkan dengan beberapa lelaki selepas perceraiannya dengan Tom Cruise memberitahu bahawa dia kini memberi sepenuh tumpuan kepada anak dan kerjayanya.u

MUKA DEPAN MAJALAH GLAMOUR EDISI TERBARU


Edited by;
Farahhasina