expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, August 19, 2014

ADIRA BERHIJAB BUKAN KERANA NAK KAHWIN


Sebelum ini Sheera Iskandar juga pernah memberikan kenyataan yang sama berhubung keputusannya beliau untuk berhijab. 

Hari ini, Adira AF juga mengambil keputusan yang sama untuk bertudung penuh dan turut menafikan bahawa keputusannya itu disebabkan dia bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Bercakap kepada pemberita, Adira AF mengakui beliau sudah tiga hari mengenakan hijab dan ianya ikhlas dari hatinya sendiri.

“Baru tiga hari saya mengenakan tudung. Ia terjadi atas kehendak diri dan doa semua yang mengharapkan kebaikan saya. Peminat pun barangkali tak tahu dengan perubahan ini. Biarlah mereka tahu sendiri. Tiada alasan tertentu untuk perubahan ini,” ujar Adira.

Sama-sama kita doakan yang perubahan ini kekal dan membawakan sesuatu yang positif dalam kehidupan Adira selepas ini. Andai kata ia  disebabkan mahu mendirikan rumah tangga pun apa salahnya kerana ia tetap perkara yang baik.