expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

KLIK PILIH BAHASA

Monday, August 18, 2014

NORA DANISH MENGAMUK, HOTEL LEGOLAND MOHON MAAF



Ekoran insiden yang melibatkan ahli keluarga Nora Danish & rakan beliau di hotel Legoland baru baru ini, pihak pengurusan hotel berkenaaan memaklumkan kepada media yang mereka sudah pun meminta maaf secara peribadi kepada Nora Danish dan keluarganya.

Menurut Pengurus Perhubungan Legoland Malaysia, Deviga Doreraja pihaknya telah meminta maaf secara peribadi dengan Nora dan keluarganya sejurus selepas kejadian tersebut, yang berlaku pada Ahad yang lalu.

Beliau turut menambah yang kejadian tersebut berlaku disebabkan satu masalah teknikal yang melibatkan lif terbabit, yang dikatakan berhenti berfungsi di antara dua tingkat bangunan hotel itu. 

Pihak hotel Legoland kini sedang bekerjasama dengan pembuat lif, Antah Schindler untuk mengenal pasti masalah teknikal yang menyebabkan kerosakan lif.

Deviga turut mengesahkan bahawa Pengarah Hotel, turut ada bersama Nora dan keluarganya untuk memastikan semua keperluan dipenuhi, mengikut piawaian antarabangsa hotel. 

Ketika ini, pihak Legoland Malaysia sedang menyiasat dengan lebih lanjut mengenai dakwaan yang dibuat Nora dalam akaun media sosialnya berkenaan insiden tersebut.