expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 1, 2014

ALICIA KEYS UMUM SEDANG HAMIL ANAK KEDUA


Penyanyi Alicia Keys mengumumkan dia kini sedang hamil anak kedua menerusi laman Instagramnya, baru-baru ini.

Alicia, 33, menghebahkan khabar gembira itu bersempena sambutan ulang tahun perkahwinannya yang keempat dengan suami, Swizz Beatz.

Menerusi gambar yang dikongsikan, Alicia menunjukkan ‘baby bump‘ dalam persalinan putih yang digayakannya bersama suami.

Pasangan ini turut mempunyai seorang cahaya mata lelaki bernama Egypt yang kini sudah berusia tiga tahun.