expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 1, 2014

AMAR SANGGUP DATANG DARI JAUH UNTUK BERAYA BERSAMA IZREEN


AGAKNYA, apa yang terlintas di fikiran anda jika melihat gambar raya pelakon Izreen Azminda dan Amar Bahrin ini?

Ditambah pula dengan ‘caption’ di Instagram Izreen yang berbunyi:


Sebelum ini, kedua-duanya pernah dilanda kontroversi lantaran gambar mesra untuk promosi drama bersiri ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’ walaupun Izreen masih lagi dalam edah selepas perceraian dengan Muhammad Riza Baharuddin awal Jun lalu.

Bagaimanapun, sehingga ke saat ini, kedua-duanya menafikan wujudnya hubungan istimewa antara mereka.

Tapi, kalau ada ‘apa-apa’ pun, tak salah berterus-terang kan?

Lagipun, ramai peminat yang berharap keserasian antara Izreen dan Amar di kaca televisyen dapat diteruskan walaupun di luar set penggambaran…