expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, August 27, 2014

MISTERI KEHILANGAN ALIFF AZIZ


SATU demi satu nampaknya kontroversi yang menimpa penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz, 23.

Sebelum ini, dia dikhabarkan menghilangkan diri dari lokasi penggambaran drama kerana masalah kewangan.

Usaha syarikat rakamannya, Sony Music untuk menghubunginya sejak sebulan lalu juga tidak mendapat sebarang respon.

Bagaimanapun, menerusi laporan Berita Harian hari ini, ibu Aliff iaitu S Hafiza Basharahil memaklumkan bahawa artis itu kini berada di Singapura.

“Sejak hari raya lagi dia sudah balik ke sini. Keadaannya baik-baik saja di sini. Dia ada di sini kerana ada urusan peribadi. Insya-Allah dia akan pulang dalam masa terdekat ke Kuala Lumpur,” katanya.

Dia juga berharap agar pihak media memberikan masa dan privasi buat Aliff.

Hmm, tak tahulah berapa lama Aliff akan ‘bersembunyi’

Bagi kami, semakin lama dia mendiamkan diri, semakin itulah dia menyusahkan orang-orang yang bekerja dengannya.

Nasihat kami, beranilah untuk keluar dan jangan sia-siakan bakat yang ada dengan masalah peribadi yang tidak berkesudahan itu.