expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, September 6, 2014

CIUMAN RM250 RIBU ELIZABETH HURLEY



Kalau dah minat, macam-macam pun sanggup dilakukan malah ada yang sehingga sanggup membelanjakan wang yang banyak hanya untuk artis yang diminati. 

Inilah yang dilakukan seorang lelaki yang meminati aktres, Elizabeth Hurley. Lelaki itu telah membayar £ 50.000 (RM 259 811.34) untuk mencium pelakon Elizabeth Hurley dalam satu lelongan amal yang dibuat penyanyi Elton John.

Lelaki itu, Julian Bharti telah menyebutkan jumlah wang tersebut hanya untuk berkongsi ciuman bibir dengan pelakon yang berusia 49 tahun itu sebagai sumabangan dana dalam Yayasan AIDS Elton John pada malam Khamis lepas.

Julian Bharti mencium Hurley dan meletakkan tangannya di pinggang aktres itu di parti eksklusif yang diadakan di Berkshire. 

Hanya satu ciuman untuk wang sejumlah itu, namun mungkin ia amat berbaloi bagi lelaki berkenaan yang dapat merasai ciuman bibir Hurley.

Aktres jelita itu kini dikatakan sedang berpacaran dengan jurugambar hidupan liar, David Yarrow.

ELIZABETH HURLEY; CIUMANNYA BERNILAI RM 250 RIBU