expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, June 7, 2014

ANTONIO BANDERAS DAN MELANIE GRIFFITH AKHIRNYA BERCERAI




Pelakon Antonio Banderas dan Melanie Griffith memaklumkan bahawa mereka kini akan bercerai secara damai selepas 18 tahun melayari bahtera rumahtangga. Perkahwinan pasangan Banderas dan Griffith ini merupakan salah satu daripada perkahwinan Hollywood yang paling lama bertahan.

Namun selepas 18 tahun berkongsi hidup, Melanie Griffith telah memfailkan perceraian dari aktor berusia 53 tahun itu, demikian menurut laporan dari TMZ. Melanie, 56, dilaporkan telah menggunakan khidmat peguam Laura Wasser yang telah menyenaraikan segala punca dan salah faham antara mereka

Rumahtangga pasangan itu yang jatuh cinta ketika penggambaran filem Two Much pada tahun 1995 mengalami keretakan dan sepanjang tahun ini banyak khabar angin serta desas desus mengenai perpisahan mereka.

Jurucakap kepada pasangan berkenaan telah mengeluarkan satu kenyataan yang dibuat oleh mereka."Kami telah berbincang dan memutuskan untuk mengakhiri perkahwinan hampir dua puluh tahun kami dengan cara baik. Kami tetap akan menghormati antara satu sama lain dan sentiasa akan menghargai keluarga dan rakan-rakan serta segala saat indah yang pernah kami lalui bersama"

Dalam kes itu, Griffith juga membuat tuntutan nafkah bagi dirinya dan anak mereka, Stella yang berusia 17 tahun. Griffith juga menuntut hak penjagaan ke atas anak mereka itu.


Edited by
Farahhasina