expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, June 15, 2014

AWAL ASHAARI BENGANG KOMEN BIADAP PEMINAT



Pelakon Scha Alyahya yang sedang sarat mengandung baru-baru ini dikejutkan dengan party baby shower yang dirancang oleh seorang teman baik Scha. 

Majlis itu dirancang ketika Scha keluar bersama suaminya Awal Ashaari. Mereka sempat merakam gambar-gambar sepanjang majlis berkenaan dan memuat turun gambar-gambar tersebut di Instagram.

Ramai juga peminat yang memberi komen gambar-gambar mereka dan tidak kurang juga yang mengucap tahniah. Namun, dalam banyak-banyak komen tersebut, salah satunya telah menimbulkan kemarahan yang teramat sangat pada Awal Ashaari. Ini kerana komen tersebut sangat biadap terhadap Scha dengan menggunakan perkataan 'sundal'

Awal yang sangat marah dengan komen itu telah mengambil tindakan mendedahkan indentiti individu tersebut kerana baginya dia seorang yang mahukan publisiti. Jadi Awal bertindak mendedahkan identiti individu itu supaya dia dapat populariti yang diingininya.


Tidak dapat dipastikan apakah punca yang menyebabkan individu berkenaan begitu berani membuat komen sebegitu rupa. Adakah dia mempunyai apa-apa dendam atau masalah peribadi dengan pasangan ini atau hanya sekadar cemburu dengan kebahagiaan Awal dan Scha.



Edited by;
Farahhasina