expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, June 8, 2014

BEYONCE CURANG DENGAN JAY Z

 
 
 

Peminat seni hiburan telah mengetahui tentang kemelut rumah tangga Jay Z dan Beyonce. Segala desas desus pergolakan yang berlaku dalam perkahwinan pasangan ini seringkali mendapat perhatian media. Terbaru, timbul pula cerita yang mendakwa bahawa pergolakan rumah tangga pasangan ini berpunca dari orang ketiga.

Menurut laporan media antarabangsa, Beyonce dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan pengawal peribadinya sendiri iaitu Julius De Boer. Apa yang lebih menyakinkan tentang dakwaan itu adalah apabila Jay Z dikatakan mahu memecat lelaki terbabit, namun tindakannya itu dihalang oleh Beyonce yang lantang menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang hubungan.

Menurut satu sumber, Jay Z dikatakan tidak berpuas hati tentang perkara itu. Dia berasa curiga dan kurang senang dengan keakraban isterinya dan Julius.

Sumber itu dipetik sebagai berkata, "Jay berasa ada sesuatu yang tidak kena antara Beyonce dengan Julius. Beliau bercadang memecat lelaki itu pada Februari lalu, tetapi dihalang oleh isterinya yang menegaskan Julius tidak akan ke mana-mana"

Jay Z amat sangsi dengan perkara itu kerana Beyonce dikatakan amat rapat dengan De Boer sebelum ini. Pada tahun 2009, Beyonce pernah dilihat menginap sebilik dengan De Boer, malah terdapat saksi yang melihat mereka cukup intim ketika keluar dari tempat penginapan berkenaan.

Edited by
Farahhasina