expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, June 27, 2014

DIDIE ALIAS SELAMAT BERSALIN


Tahniah diucapkan kepada penghibur terkenal tanah air, Didie Alias, 41, yang telah selamat melahirkan cahaya mata keenamnya pagi tadi di Pusat Pakar Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Bayi lelaki tersebut selamat dilahirkan pada pukul 3.35 pagi. Bayi ini merupakan cahaya mata pertama buat Didie dan suami keduanya Norisham Ismail yang telah bernikah pada tahun 2009. Setakat ini nama bayi tersebut belum lagi dimaklumkan.


Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, dilaporkan sihat dan melalui foto yang dikongsi eksklusif oleh Hlive! Didie kelihatan begitu ceria di samping bayinya itu.

Mungkin ini merupakan pengalaman yang sangat menggembirakan bagi Didie kerana bayi ini dilahirkan selepas 15 tahun Didie melahirkan anaknya yang terakhir daripada perkahwinan terdahulu. 

Didie yang terkenal dengan jolokan Lady Gaga Malaysia pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Ridzuan Hashim dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu 4 perempuan dan seorang lelaki.