HOME LIFESTYLE SHARE PROPERTY HOTNEWS ARTIST HEADNEWS SATELLITE PROJECT CARS OIL COMMODITY REPORTS PHOTOGRAPHER QUOTE LOVESTORY RECIPES KITCHEN MIXSALE PHONE GUFFAW SPIRITUAL FLICKS

Moto


Nuffnang

KLIK PILIH BAHASA

Wednesday, June 4, 2014

KESEKSIAN NABILA HUDA DITEGUR AMY




Rata-rata peminat seni hiburan tanahair telah mengetahui kedinginan hubungan pelakon drama terkenal Nabila Huda dan bapanya, Amy Search. Dikatakan hubungan anak beranak mereka menjadi renggang kerana Amy sangat berkecil hati dengan sikap Nabila Huda. Walaupun kedua anak beranak ini enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini, namun baru-baru ini Amy tetap memberi komen mengenai imej seksi anaknya itu.

Amy rupa-rupanya tidak begitu selesa dengan jolokan artis wanita seksi yang sering diberikan kepada anaknya itu. Tambahan pula Nabila baru sahaja meraih Anugerah Selebriti Wanita Paling Seksi dalam Anugerah Stail Eh 2014.

Menurut Amy dia ada menegur tentang imej seksi Nabila Huda itu, namun dia hanya sekadar mampu menegur dan segala pertimbangan buruk dan baik adalah keputusan Nabila sendiri kerana anaknya itu telah dewasa.

"Sudah pasti sebagai bapa saya pernah menegur dia, tetapi segala tindakan Nabila kini adalah tanggungjawabnya sendiri. Saya hanya sekadar mampu menasihati" beritahu Amy.




SHARE NOW