expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, July 13, 2014

PENJAHAT HARRY POTTER MENINGGAL DUNIA


Penjahat dalam filem Harry Potter, Dave Legeno meninggal dunia ketika mendaki di Death Valley. Pelakon British itu yang melakonkan watak serigala jadian 'Fenrir Greyback' dalam filem Harry Potter pernah juga membintangi filem Snatch


Mayat Legeno ditemui oleh sepasang pejalan kaki pada 6 Julai di kawasan yang sangat terpencil dan helikopter Peronda Lebuh Raya California terpaksa dipanggil untuk mengambil mayatnya.

Polis dari Jabatan Daerah Inyo berkata, pelakon berusia 50 tahun itu dilaporkan meninggal dunia akibat masalah berkaitan dengan haba dan mungkin telah mati selama tiga hingga empat hari sebelum mayatnya ditemui.

Suhu musim panas di Death Valley kadangkala mencecah 120 darjah. Dave merupakan seorang juara Seni Mempertahankan Diri Campuran di Britain dengan rekod profesional 4-3.

Mayat Legeno masih berada bersama pasukan bedah siasat dan keluarganya telah membuat rancangan untuk menguruskan pengebumian beliau.
DAVE LEGENO DITEMUI MATI DI SEBUAH KAWASAN TERPENCIL DI DEATH VALLEY