expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

KLIK PILIH BAHASA

Monday, August 18, 2014

SPICE GIRLS BAKAL BERGABUNG SEMULA UNTUK PROGRAM X FACTOR?


Terdapat desas desus yang mendakwa bahawa Spice Girls akan bergabung semula untuk bebrapa siri persembahan. Terbaru, mereka dikatakan sedang cuba disatukan semula untuk program X Factor pada tahun ini? Namun adakah mereka benar-benar dapat digabungkan semula?

Salah seorang juri baru program  berkenaan yang juga anggota kumpulan Spice Girls, Mel B rupanya sedang cuba berusaha ke arah penggabungan semula kumpulan berkenaan.

Kumpulan sensasi yang popular sekitar 90an pernah bergabung semula untuk upacara penutupan Sukan Olimpik London 2012, tetapi kini Mel B dikatakan berharap untuk memeriahkan panel juri X Factor dengan bantuan rakan-rakan kumpulannya iaitu Mel C, Emma Bunton, Victoria Beckham dan Geri Halliwell.

Satu-satunya individu yang setakat ini telah menolak jemputan Mel B adalah Victoria Beckham, "Semua anggota Spice Girls telah dihubungi untuk menyertai Mel, kerana dia berpendapat penggabungan itu akan menjadi satu yang benar-benar hebat.

Namun, Mel juga realistik bahawa ia adalah agak sukar untuk menyatukan kesemua mereka yang mempunyai komitmen masing-masing," demikian menurut satu sumber.

"Victoria telah memberitahu bahawa dia tidak akan dapat melakukannya tetapi Mel berharap sekurang-kurangnya salah seorang daripada anggota yang lain akan membantunya, "kata sumber itu lagi