expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, December 28, 2014

'UNBROKEN' FILEM ARAHAN ANGELINA JOLIE DAPAT SAMBUTAN HEBAT


Aktres sensasi Angelina Jolie yang mula mencuba bakat dalam pengarahan filem kini boleh menarik nafas lega apabila filem pertama arahannya yang berjudul 'Unbroken' meraih tempat teratas di box office Amerika.

'Unbroken' yang telah dijadualkan untuk tayangan sempena Hari Krimas telah berjaya mengumpul sebanyak 15590000 pada hari tersebut.

Filem, pertama arahan aktres jelita itu yang telah mula ditayangkan di 3,131 pawagam berjaya mengatasi filem Disney 'Into the Woods' yang mencapai kutipan 15.080.000 dolar daripada tayangan di 2,440 pawagam.

'Unbroken' merupakan sebuah filem perang Amerika, yang dihasilkan dan diarahkan oleh Angelina Jolie berdasarkan sebuah fiksyen karya Laura Hillenbrand. Ia bertemakan kisah hidup, semangat juang dan pembelaan semasa perang dunia ke-2

Filem ini berkisar tentang kehidupan seorang atlet Olimpik Amerika bernama Louis 'Louie' Zamperini yang dilakonkan oleh aktor Jack O'Connell.

FILEN ARAHAN ANGELINA JOLIE INI BERJAYA MENDAPAT BOX OFFICE DI AMERIKA