expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 5, 2014

ADIBAH NOOR AKHIRNYA TEMUI PASANGAN SEJATI

 

Tentu ramai yang masih ingat tentang kenyataan penyanyi, pelakon dan pengacara popular Adibah Noor bahawa beliau tidak mahu berkahwin kerana telah telah serik bercinta apabila beliau putus cinta sebanyak lima kali.

 

Kini, Adibah dikatakan telah menemui pasangan sejatinya dan beliau sendiri mengakui sangat menyayangi lelaki bernama Nizam Din itu. Jadi, adakah Adibah Noor bakal menaiki pelamin tidak lama lagi?Sebenarnya, Nizam Din merupakan pasangan duet Adibah Noor dalam single terbarunya 'Bahasa Rindu'

Nizam Din yang juga merupakan seorang penyanyi dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam industri muzik dan pernah menjelajah ke banyak negara untuk membuat persembahan. Mereka telah mengenali sejak tahun 1986 dan Nizam merupakan sahabat akrab Adibah.

"Ini adalah jodoh saya sebenarnya dan jodoh tak semestinya berakhir dengan perkahwinan sahaja. Persahabatan itu juga adalah jodoh. Saya rasa dia merupakan sehabat sejati saya dan lagu duet kami ini merupakan kisah persahabatan kami berdua" ujar Adibah sewaktu melancarkan single terbarunya itu.