expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, July 17, 2014

LADY GAGA TIDAK CEMBURU ADEGAN SEKS KEKASIHNYA


Bintang pop terkemuka dunia, Lady Gaga tidak berasa terancam dengan adegan intim yang dilakonkan teman lelakinya, Taylor Kinney dengan aktres jelita, Sophia Bush.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Applause' itu tidak cemburu dan tidak kisah apabila Kinney yang telah menjalin hubungan dengannya selama tiga tahun itu rapat dengan Sophia kerana dia yakin dengan hubungan inta mereka dan memahami bahawa kekasihnya itu hanya menjalankan tugas beliau.


Sementara itu, Sophia berkata, "Gaga adalah seorang artis yang sebenar-benarnya kerana memahami tugas kami dari setiap sudut. Dia faham dan tidak merasakan ada sesuatu yang luar biasa dan saya rasa dialah wanita yang tidak sedikit pun rasa tergugat dalam keadaan begini,"

Pelakon itu berkata pertemuan pertamanya dengan Gaga dirasakan sedikit janggal kerana dia telah melakonkan adegan seks dengan Taylor Kinney pada masa itu.

"Saya tidak dapat bertemu Gaga sehingga selepas Taylor dan saya mula bekerja bersama. Saya benar-benar gembira saya mempunyai masa untuk menjadikan keadaan seperti biasa dan mengelakkan segala kejanggalan yang wujud," tambahnyam lagi.

LADY GAGA DAN TAYLOR KINNEY KINI TELAH MENJALIN HUBUNGAN SELAMA 3 TAHUN

SOPHIA BUSH MELAKONKAN ADEGAN INTIM DENGAN KEKASIH LADY GAGA